25 Disember 2012 - 17:37

Salah seorang marji' taqlid Syiah menceritakan kesetiaan kerajaan Saudi kepada Amerika dengan menyatakan, "Stok minyak asalnya kepunyaan rakyat Saudi, namun disebabkan perhambaan dan ketaatan kepada Amerika, pemerintah Saudi mempergunakannya sebagai upah untuk membunuh umat Islam Syria."



Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Ayatullah al-Uzma Alawi Gorgani hari ini dalam pertemuan bersama para pegawai tentera udara menegaskan pihak musuh sedang berusaha memisahkan masyarakat dari acara spiritual. Kata beliau, "Salah satu kemahuan musuh ialah: orang ramai tidak mempunyai hubungan dengan kerohanian. Namun masyarakat berulang kali menunjukkan bahawa mereka berada di garisan wilayah, marji' dan kerohanian."

Beliau turut menceritakan kesetiaan kerajaan Saudi terhadap Amerika, "Stok minyak asalnya kepunyaan rakyat Saudi, namun disebabkan perhambaan dan ketaatan kepada Amerika, pemerintah mempergunakannya sebagai upah untuk membunuh umat Islam Syria."

Ayatullah Alawi Gorgani menjelaskan, "Orang yang duduk bersama dengan Amerika akan dipaksa melaksanakan misi-misi mereka yang mana hal ini merupakan kemuncak kehinaan."